lets click on it

http://Atiqah2908.sharethisstory.net/my-880780-5666

Pages

Tuesday, December 13, 2011

What are you going to say about this?

it is all about quotes =)

 stage 1 

 stage two

 stage 3

 stage 4

stage 5






Sunday, December 11, 2011

Eating Durian @ MidValley

Assalamualaikum..

Well2..berita baik untuk penggemar durian! lepas nie kalau rasa mengidam/teringin nak makan durian, you all can try this..Durian Pancake at Sweet Chat Cafe MidValley..nak tengok location lain just click Sweet Chat Cafe Location

Honestly, mula mula tak nak try sebab ada bad memory pasal doughnut durian..So I though this pancake also will have the same taste..but nope..its really2 delicious..Just try it by yourself =)

 betul betul rasa durian tau..tak tipu okie..and plus..pancake ini sangat cumil okie..1 set ada 3 biji =)








 with kesya..this week dia tak balik umah walau cuti 3 hari..thanz kesya =)

lastly, Xmas tree at Mid Valley!

Sunday, December 4, 2011

Done With Ombak Rindu

Assalamualaikum..

This weekend I pergi tengok wayang lagi @ The Curve, Damansara..yahoo..sakan jerk berjalan yerh =) thanz untuk Incik Gemok..sudi teman I tengok citer nie =) and the best part is, time kite orang tengok tuh, Lisa and Maya Karin datang wat suprise..ceh patut la cerita tuh start lambat dari yang dijadualkan..bila mereka dah datang kat depan stage tuh, berpusu2 la semua orang nak hamik gambar..nak tengok gambar sila la click SINI

Jalan cerita best..but lain sikit dari novel dia yang sebenar..kalu nak ikut sebijik sebijik cam novel tuh, mau kene buat series..banyak sangat konflik..siapa nak lebih feeling2 gituh, baca la novel yerh..Im keep wondering la..kaum Adam yang tengok cerita nie, baca ke erk novel Ombak Rindu XD

done with Ombak Rindu..sebaik tak sesedeh Nur Kasih..lau tak, abis mata comot..hahaha

Dah datang The Curve nie, tak sah la kalau tak makan meatball IKEA yang femes tuh..

ini 15 biji punya tau!!





please enjoy it!




Sunday, November 27, 2011

2 days outing at One Utama and Mid Valley

Assalamualaikum..

yeay..first week baru duk selayang, dah sibuk ke sana ke sini..ewah ewah sedapnyer ko berjalan yerh iQa!! nak wat cam ner..duduk rumah tak tau nak buat apa..kelaparan lagi ada..so,'terpaksa' la kuar XD

Sabtu..destinasi yang dituju One Utama..kalau dari Selayang nie, One Utama la shopping mall yang paling dekat and paling 'grand'..okie ayat tak buleh blah kan..Misi utama outing nie, nak tengok citer Breaking Down part One..yes dapat jugak tengok setelah rushing kuar rumah di awal pagi untuk membeli tiket..sampai OU pukul 10.15..bersesat sesat dulu kat dalam OU tuh, then 10.45 baru jumpa cinema..loser jerk rasa..sebaik nak kurus..so jalan jauh jauh pun tak kesah la kan? dah habis tengok wayang, bersiar siar pula mencari kasut..okie first day practical kasut aku dah terkopak..dugaan di hari pertama practical =( Now mostly sumer kedai tengah wat sale..yela nak Krimas and End Year Sale kan..so sesiapa rasa duit tuh tengah berkepuk kepuk, buleh la shopping time nie =) Awas..ramai giler yerh orang di shopping mall!! lastly, makan makan time..punya la susah nak cari tempat makan..bukan susah apa..just susah nak buat pilihan jerk..last last pegi makan dekat Teppanyaki..First time makan dekat sini..Not bad..sedap and mengenyangkan!! tapi bila dia tengah masak, rasa nak pegi nyorok jerk bawah meja takut terkene minyak panas..ala ala Korea Jepun gituh!!

watching Breaking Down part 1..ala patut diri kanan sikit..baru la nampak sweet sweet dengan Jacob XD

Chicken Teppanyaki..

Second day, pegi Mid Valley..tak rancang mana pun nak kuar..tapi jadi jugak..dah lama gila tak jumpa classmate Gemencheh nie..susah bebeno mau jumpa mereka..nie pun dapat jumpa Mira..then Farah lak muncul secara tiba tiba sebab ada hal dekat situh..tapi jumpa pun kejap jerk..takpe Farah..next time kita hang out ramai ramai..(da berapa kali aku cakap ayat nie nari nie!!) hari nie, Mid Valley penuh dengan manusia..sale pun banyak..pergi shop Padini tuh, siap kene beratur plak..baru nak masuk kedai..bukan nak bayar lagi..haish..yeay dapat kasut baru lagi..thank you Vincci..nanti buat la sale lagi erk =) hari nie menu Lasagna, Secret Recipe..okie nie pun first time jugak aku makan..ingat kan tak kenyang tadi..kejut tau tengok ada roti jerk..haha..but sebaik kenyang..eh perut aku nie kecik jugak kan..makan sikit sikit pun dah kenyang..haha XD and the cake also..cappucino cheese cake..memang la kenyangkan!!

dalam kesibukan, jumpa Farah

both..Farah and Myra..







Eat time-iQa

Eat time-Myra

Lasagna Secret Recipe!!

Thanz sumer for the luvely weekend !!

Friday, November 25, 2011

First week @ Hospital Selayang

Assalamualaikum..

diam tak diam, dah seminggu aku menyumbangkan keringat yang tak seberapa aku nie dekat Hospital Selayang as a Trainee Radiographer..First week, sangat penat..yelah..duduk rumah dulu sesuka hati mau tido and bangun pukul berapa..but now, I wake up early in the morning..huh..6.00am..okie fine sangat la awal okie..bila dah bangun tuh, rasa nak tarik tarik jerk selimut and tido balik =(

basuh baju sendiri, jalan laju laju mau pegi and balik keje..siap lalu depan anjing lagi..sekali dia menyalak..fuh semangat..tuhan jerk yang tau..dalam hati dah baca doa mintak mintak tak kene kejar anjing di pagi hari..huwaaa..mudah mudahan aku diberi kekuatan for the whole 14weeks..iQa, be strong!! bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian okie =)






for this week, aku on duty bahagian portable and hardcopy..sistem selayang nie filmless..so sumer image just hantar pakai sistem PACS (thanz kesya!)..but for the certain cases yang nak diprint out kan filemnyer, ha nie la guna nyer part hardcopy..and portable, as usual la, perform bedside radiography..kalu dah naik ward tuh. mostly sejam lebih la baru turun balik department..Hospital Selayang ini besar yerh..kemain lagi nak transfer dari 1 ward ke ward yang lain..Tahniah, hasrat ko untuk kurus mungkin tercapai iQa..berusahalah dengan lebih gigih lagi =)



okie dah tak nak berceloteh panjang panjang..time kasih..

Monday, November 21, 2011

Once Upon A Time @ Rizqin Collection

 Assalamualaikum..

Hari ini, 21 Nov 11, dengan rasminya bermulalah the last chapter in my diploma study, part 6..practical dekat Hospital Selayang, Selangor..eh cop..bukan itu tajuk yang sebenarnya aku nak cerita dekat sini=P

Rizqin Collection..dah beberapa entry aku buat mengenainya..last week, last aku bersama Rizqin Collection..Thanz untuk Kak Su, Abg Lan dan semua yang sudi terima diri aku ini seadanya selama sebulan setengah yang lepas..kenangan ini takkan aku lupakan!!

 Tok Mak, Me, Kak Long and Kak Su










Im working here =)

With Budak Gemok yang cumil bangat..I just can't count how many time I kiss him per day lol !!




Monday, November 14, 2011

New Arrival @ RizQin Collection

Assalamualaikum..

Again about RizQin collection..kalau dulu buat JUALAN LELONG, sekarang STOCK CANTIK CANTIK CUN CUN AND LATEST DESIGN SUDAH SAMPAI!..cik, puan, akak makcik and semua golongan wanita boleh la berkunjung ke sini untuk dapatkan tudung pilihan hati anda..eh eh..kaum adam pun boleh datang beli tudung and make it as a gift!

Lokasi : Tanjung Lumpur.(sebelah Tunas Manja, depan Petronas)



















Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Assalamualaikum..

First nak cakap, tajuk ini dah lapuk..Raya Haji semalam yerh Cik Iqa =) Tapi disebabkan aku nak jugak update, so abaikan saja kelapukan itu..

Salam Aidiladha buat semua umat Islam..tak kira dimana saja anda berada!

As usual la..Raya jerk akan balik kampung aku dekat New Zealand..ha klasssss kan? tapi kampung aku nie tak payah susah susah nak booking tiket flight bagai..naik kereta pun boleh sampai wokeh..Felda New Zealand, Maran, Pahang..hehe..and plan nyer, petang tuh akan balik kampung belah abah plak, dekat Pekan..still Pahang..so bila raya, boleh balik dua dua kampung terus dalam satu hari..ha best tak? sila jeles yerh =P

but at last tak jadik plak..sebab my cousin ada buat korban and akikah pada raya haji yang kedua, which is ISNIN..eh eh..ada ke raya haji kedua??okie aku hentam jerk..tapi korang faham kan =) so esok gather jerk sekali..tok pun ada kat sne nanti =) 

 ceh..dah macam bukak CC plak umah wan aku nie ha..laptop nak sorang satu jerk!!

the comels2 one..mia and rihanna @ adik..mereka sebaya =)





me with my luvely mum and dad..abah dah tukar baju sebab dah petang..hmm tak sempat amik gambar encem abah berbaju melayu =)

raya tahun nie, abang dengan kakak takde..dekat perantauan la katakan..akak dekat Sarawak, and abang plak dekat Sungai Buluh..eh sungai buluh jerk pun..but..disebabkan Selasa tuh abang ada exam, sebab tuh la dia tak balik..So Wish You All The Best My Rro..chayo2!!

Raya tahun nie aku makan agak banyak..(walaupun hakikat sebenarnya, tiap tiap raya aku makan banyak ..haha) okie fine aku dah gemok..lagi lagi bila cuti duduk dekat rumah nie =) tape tape..pergi practical sila jadi kurus balik okie Cik Iqa =)

Saturday, November 5, 2011

Result oh result..

Assalamualaikum..

kepada pelajar UiTM yang terlibat, anda mesti familiar with the title above right..hehe..and of course, same goes to me..hari nie, 4 Nov, dengan rasminya, result untuk semester lepas, which is part 5 dah keluar yerk kawan kawan semua..dengan itu, aku nak wish kepada semua yang dapat result best best lagi gempak tuh, TAHNIAH diatas kejayaan anda..next time buat yang lebih baik okie =) and for the others, jangan sedih sedih touching touching bagai..aku still nak wish jugak dekat korang..aku nie fair and square..ecece..fine aku poyo =P k proceed..yang lain tuh, anggap la kejayaan anda masih tertangguh..jangan berhenti berusaha kerana kejayaan yang lebih bermakna menanti anda di depan sana okie? so chayo2!!

tinggal lagi satu semester nak complete my diploma..hopefully lepas nie dapat sambung degree so aku boleh jadi student lama lama sikit..UiTM, tolong lah amik saya jadi student untuk degree lepas nie boleh?? =)



Friday, November 4, 2011

Jualan Lelong @ RizQin Collection

Assalamualaikum..

kali nie just entry untuk inform yang kedai kat tempat aku kerja, ada buat jualan lelong sempena Raya Aidiladha..so kepada sesiapa yang duduk area Kuantan, and berminat nak beli tudung boleh la datang yerk..mostly tudung semua dalam range RM 10-RM 15 !!



Lokasi : Tanjung Lumpur, seberang Petronas, sebelah Tunas Manja
Tarikh  : 4-5 Nov 2011









Selamat Hari Raya Aidiladha!

Monday, October 31, 2011

Its mine now..Nikon =)

Assalamualaikum..

Dah lama x update my blog..bz dengan aktiviti harian..alhamdulillah..almost a month aku kerja, finally dapat juga beli digital camera..Nikon Coolpix S2500 now is mine..hajat dihati memang la nak DSLR kan? tapi for the time being, kne pakai digital jerk dulu so senang nak letak dalam handbag.. and plus x sampai budget lagi la..okie jujur nyer answer kan =P



okie pas nie image dalam blog lebih berkualiti sikit yerk!!






Friday, October 14, 2011

Kanser Payudara dikalangan Lelaki

Assalamualaikum..



Mengapakah tajuk itu sedemikian rupa? okie lets proceed..

Di Malaysia, info mengenai kanser payudara amat dititik beratkan terutama kepada golongan wanita..tetapi itu tidak menolak kebarangkalian, bahawa kanser payudara juga turut menyerang kaum lelaki!!


Apa yang anda perlu tahu??

1. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1/100..
2. Kanser payudara di kalangan lelaki lebih sukar dikesan kerana saiz payudara mereka yang lebih kecil..
3. Kanser payudara di kalangan lelaki lebih cepat merebak melalui salur darah dan juga salur limfa kerana tisu  lemak yang lebih kecil
4. Cara rawatan untuk pesakit lelaki dan pesakit perempuan yang menhidapi kanser payudara adalah sama..


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati =D

sumber : mingguan wanita

Wednesday, October 12, 2011

=D

Assalamualaikum..

Disebabkan semenjak dua menjak ini, minat aku untuk membaca sangat la bagus, so aku nak share something yang menarik perhatian..

putus cinta pun ada undang undang la !!

but actually undang undang tuh flexible based on how you all nak overcome cinta yang dah lepas tuh =D lain orang lain caranya kan..



oh ye..masa keluar hari tuh, tetiba dalam kereta terdengar lagu baru Aliff Satar-Lelaki Seperti Aku..mengisahkan seseorang yang nak tolak cinta seseorang..lirik yang agak cumil..tapi bila pikir pikir balik agak sakit hati yerh..tapi pape pun still suka jugak..heeee

antara lirik lagu tuh yang cumil =D

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Sunday, October 9, 2011

Kebarangkalian untuk 'Sindrom Down'

Assalamualaikum..


maaf tajuk agak sensetif yerh..hari ini aku terjumpa artikel menarik yang hendak dikongsi bersama..

salah satu sebab kenapa anda tidak patut kahwin lambat =D






Tuesday, October 4, 2011

Such a Pity Baby Boy..

Assalamualaikum..

Kali nie entry aku tiada kaitan pasal makan..harap maklum..

Setelah lama nya aku tak balik rumah( last masa cuti raya ), finally hari ini sampai gak rumah for my semester break..okie tiada kaitan dengan tajuk!

Actually masa aku nak tunggu my mum kuar dari office, aku nampak la seorang lelaki, perempuan, budak lelaki maybe dalam tingkatan lagi and seorang budak lelaki dalam 2 3 tahun..bila tengok, serious aku kesian gila dekat budak yang kecik tuh..SEBAB??? perempuan and budak lelaki dalam tingkatan tuh hisap rokok..okie maybe for some people, benda tuh benda biasa..eh tak pelik pun la kan? 

But Hei Smokers..kalau nak merokok pun agak agak la..kesian kot dekat baby tuh..kecik lagi dah dirosakkan dengan hasap rokok korang..kalau la budak tuh tau effect dia and boleh bercakap, for sure la dia akan pertahankan hak dia..lagi kesian, tengok baby tuh dok hisap/jilat kotak rokok tuh..kan comel kalu baby tuh dok main main dengan anak patung ke hapa..nie main dengan kotak rokok..bila dah besar nanti cam ner?? erk bagi la pengajaran yang elok sikit..haish..

LUNG CARCINOMA or also known as LUNG CANCER..The COMMON FACTOR for the disease, is SMOKING!!







sorry entry sedikit emosional..=)

Monday, September 26, 2011

Open House @ Puchong

Assalamualaikum..

Again cerita pasal makanan lagi..hee peace =)

This time ada open house dekat Puchong..Finally ada jugak open house yang aku pergi..(T_T) tahun lepas, sambut raya dekat rumah, dengan bahagia nyer every weekend jerk mengemokkan badan yang sudah gemok nie..tahun nie tak dapat la..raya ke berapa jerk dah kene packing packing barang balik Puncak Alam..haish..tpe next year, raya kat rumah..insyaAllah =)

 with Aina and Zira

 Zira, Aina Che and Ain



 With Ayie's Friends..Finally meet jugak mereka nie =).

Thanz Wan..tapi dia tak der dalam gambar sebab hamik gambar kite orang =)

Such a long day..Thanz for reading this entry!